Pulau Mamutik terletak dalam gugusan Pulau-Pulau Taman Negara Tunku Abdul Rahman. Kedudukannya lebih kurang 3 km daripada Jeti Jeselton Kota Kinabalu. Dengan
keluasan 15 ekar (61,000 m2), Pulau Mamutik merupakan pulau terkecil dikalangan
gugusan pulau-pulau Taman Negara Tunku Abdul Rahman.
Jika pelancong berlepas
daripada Jeti Hotel Tanjung Aru Beach, perjalanan ke pulau itu mengambil masa
sekitar 5 minit dengan bot laju. Sungguhpun ia merupakan pulau terkecil, ia
menawarkan beberapa pantai yang baik dan terumbu karang.Ia turut memiliki
jeti, rumah rehat 3 bilik tidur untuk disewa, dan kuartes kaki tangan bagi
stesyen Ranger. Kemudahan termasuk bilik bersalin pakaian, bilik air,
perlindungan berkelah, meja dan tempat memanggang. Air tawar dan eletrik juga
disediakan.
Pulau Mamutik terkenal sebagai tempat istirehat kepada ramai
pengunjung di Taman Negara Tunku Abdul Rahman. Batu karang di timur lautnya
amat menarik. Pantainya berbatu dan perenang perlu berhati-hati terhadap landak
laut yang hadir dalam bilangan yang besar di kawasan berbatu karang dan batu.
Memasuki Pulau Mamutik, pengunjung akan dapat
menikmati pemandangan indah yang begitu tenang, pesisir pantai pulau yang
berpasir putih dan airnya yang begitu jernih nampak dari permukaan.
Setiap pengunjung yang hadir ke pulau Mamutik diwajibkan untuk membayar yuran pemuliharaan Taman Negara, kos bayaran ini juga boleh ditanggung oleh operator syarikat menyelam, atau pelancongan yang dibayar oleh pengunjung melalui pakej-pakej aktiviti yang mereka sukai.

Pulau tropika ini kaya dengan pelbagai jenis
tumbuh-tumbuhan yang hidup subur diatas pulau. Laut pulau yang jernih juga amat
sesuai untuk berenang dan beristirehat. Kepada penggemar aktiviti snorkeling,
terdapat juga beberapa terumbu karang hidup yang hidup sihat di perairan pulau,
Pulau Mamutik juga merupakan rumah kepada karang distichopora asing. Lautnya juga merupakan habitat semulajadi untuk beberapa ikan seperti Sergeant Major, Parrot fish, Butterfly fish dan Angle fish, juga habitat untuk ikan Clown Anemonefish.

Pulau ini dianggap sebagai hub rehat buat
kebanyakan pengunjung yang datang ke Taman Tunku Abdul rahman untuk menyelam,
snorkeling, aktiviti paragliding, dan bot laju seperti bot pisang, skuter air
dan banyak lagi. Terdapat beberapa gerai makan, kedai runcit dan khemah
istirehat yang menawarkan makanan barbeque dengan seni reka khemah yang menarik
dan selesa.
Banyak sekali kerusi, meja yang direka bentuk dan dibalut dengan penuh warna-warni dan menarik serta bersih, sesuai untuk pengunjung beristirehat. Terdapat juga tandas awam yang bersih dan sesuai untuk mandi, dan penukaran pakaian.

Pulau Mamutik hanya satu-satunya pulau yang
dibenarkan untuk beristirehat dan membina khemah, walau bagaimanapun kebenaran
bertulis perlu terlebih dahulu diperolehi dari Lebaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah, yang menjadi autoriti penting
dalam pemeliharaan dan pemuliharaan Taman-Taman Negara di Sabah.
Ditengah-tengah pulau terdapat beberapa kuburan lama. Ia merupakan kubur
penduduk awal Pulau mamutik sebelum mereka dipindahkan ke Kota Kinabalu dan
Pulau Gaya pada tahun 1979 kerana Pulau Mamutik telah digazetkan sebagai Taman
Negara.
http://www.malaysia-islands.com/html/tar-marine-park/beach/mamutik.shtml
http://www.malaysia-islands.com/html/tar-marine-park/beach/mamutik.shtml