Friday, 8 April 2016

TAMAN TUNKU ABDUL RAHMAN



Taman Negara Tunku Abdul Rahman merupakan kawasan-kawasan perlindungan hidupan liar yang telah diisytiharkan oleh kerajaan Malaysia. Taman ini terletak kira-kira 20 minit perjalanan di perairan Kota Kinabalu, Ibu Negeri Sabah.

Taman Negara Tunku Abdul Rahman terdiri daripada sekumpulan lima pulau yang terletak di antara 3 hingga 8 kilometer di luar Kota Kinabalu. Taman ini terbentang sejauh 4,929 hektar serta dua pertiganya meliputi laut. Sebelum munculnya Zaman ais, ia membentuk sebahagian daripada jisim batu pasir dan batu endapan tanah besar Banjaran Crocker.

Walau bagaimanapun, kira-kira satu juta tahun dahulu, pencairan ais telah membawa kepada perubahan paras air laut dan bahagian tanah besar telah dipotong oleh laut untuk membentuk pulau-pulau yang menghasilkan Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug.

Bukti ini boleh dilihat daripada dedahan batu pasir di pinggir laut yang menghasilkan tebing, gua, lubang-lubang dan rekahan yang dalam. Taman ini dinamakan sempena Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

INFORMATION BOARD

Terminal Feri Jesselton Point di pusat bandar Kota Kinabalu merupakan sebuah terminal feri bagi mereka yang menuju ke pulau-pulau di Taman Negara Tunku Abdul Rahman (Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug). Teriminal feri ini juga merupakan titik berlepas bagi pelanggan yang tinggal sama ada di Resort Pulau Manukan atau Resort Gayana. 

Pelancong dapat melihat keindahan pantau dan panorama maritim iaitu gugusan pulau yang kekal keindahan alam semula jadinya dan dasar laut kaya dengan terumbu karang. Ia merupakan kawasan sesuai bagi penyelam yang ingin melihat keindahan dasar laut. Para pelancong juga berpeluang mengembara merentasi hutan melalui denai-denai kecil di Pulau Gaya dan Sapi.



Pulau Gaya adalah pulau yang terbesar diantara semua pulau itu. Pulau ini mempunyai beberapa kampung dan mempunyai keperluan asas seperti eletrik, bekalan air bersih, sekolah dan banyak lagi. Selain itu Pulau Gaya mempunyi dua resort bertaraf 5 bintang iaitu Gayana Eco Resort dan Bunga Raya Island Resort And SPA .

Puau Manukan pula adalah kedua terbesar dan paling banyak dibangunkan dengan kewujudan 20 buah chalet, rumah kelab, beberapa buah restoran, pusat menyelam, dan kemudahan rekreasai seperti kolam renang, dan beberapa gelanggang sukan. Pulau Sapi, sangat sesuai untuk aktiviti snokerling kerana air yang tidak bberapa dalam dan terumbu karang yang banyak.

Terdapat juga restoran yang menyediakan menu ala bbq. Selain itu anda juga boleh melakukan aktiviti perkemahan di Pulau ini dengan mendapat kebenaran dari Taman Sabah. Tidak keterlaluan sekiranya dinyatakan bahawa pantai Pulau Sapi adalah antara yang terbaik diantara kesemua 5 pulau yang terdapat di Taman Tunku Abdul Rahman.

Pulau Mamutik, walaupun kurang popuar, menyebabkan pengunjung yang brkunjung ke pulau ini berasa lebih tenang kerana tidak ramai pelancong yang berada di pulau ini. Terdapat juga kemudahan asas seperti tempat persalinan, restoran dan tapak-tapak untuk bbq.


Seterusnya adalah Pulau Sulug. Pulau sulug tidak dibangunkan seperti pulau-pulau yang lain. Pihak taman hanya membiarkan pulau itu seperti seadanya. Tidak hairanlah pulau ini lebih diminati oleh pelancong asing yang suka dengan alam semulajadi.

Sea walking dan parasailing adalah antara aktiviti laut yang boleh dilakukan di Taman Tunku Abdul Rahman. Dengan sea walking, anda akan dipakaikan topeng udara yang disambung ke hos oksigen, dan anda akan dibawa turun 5 meter ke bawah laut menggunakan palang khas. Aktiviti ini adalah pilihan bagi yang tidak mempunyai lesen menyelam untuk melihat keindahan bawah laut. Seawalking adalah dijamin selamat walaupun anda tidak pandai berenang. Staf disana akan sentiasa mengawasi anda ketika berada dibawah laut. Parasailing pula anda dipakaikan payung terjun dan akan ditarik menggunakan bot. Anda akan dapat melihat keindahan pulau-pulau disana dari pandangan yang berbeza.



GUGUSAN PULAU

Taman Tunku Abdul Rahman meliputi lima buah Pulau iaitu Pulau Gaya, Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Sapi dan Pulau Sulug dengan keluasan keseluruhan  4,929 hektar serta jaraknya dari Kota Kinabalu antara 3 hingga 8 kilometer.

Pulau-pulau ini merupakan tempat perlindungan pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan termasuk sejenis burung yang paling ganjil iaitu Burung Tambun atau Megapode yang kelihatan seakan-akan seekor ayam tetapi mempunyai kaki yang besar dan mengeluarkan bunyi seperti kucing.


SERBA SEDIKIT SEJARAH TAMAN INI....

  • 1882 Syarikat Borneo Utara British membuka pusat perniagaan di tanah besar Pulau Gaya sebelum bandar raya Kota Kinabalu dibuka secara rasminya dan diisytiharkan sebagai ibu negeri Sabah.
  • 1974, Pulau Gaya dan Sapi diwartakan sebagai Taman Laut Tunku Abdul Rahman dan diikuti Pulau Manukan, Mamutik dan Sulug pada 1979.

PAUTAN LUAR


 

No comments:

Post a Comment