Friday 8 April 2016

Pulau Mabul

Gambar daripada google**
Pulau Mabul terletak di pesisir pantai tenggara Negeri Sabah, Malaysia. Pulau ini terkenal kerana dekat dengan Pulau Sipadan.

Pulau ini kecil dan melengkung dan terdapat banyak batu karang. Pelbagai jenis batu karang menjadi tumpuan spesis ikan marin. Pulau Mabul ini terletak di perairan Laut Sulawesi ( Celebes Sea ) berhampiran dengan sempadan Malaysia - Indonesia. Pulau ini berada dalam daerah Semporna, Sabah dan terletak di dalam kawasan Taman Negara Pulau Sipadan ( Pulau Sipadan, Pulau Kapalai dan Pulau Mabul ). Sekiranya anda ingin ke Pulau Mabul anda perlu menaiki bot dan perjalanan akan mengambil masa antara 45 minit hingga 1 jam. ini bergantung kepada jenis bot yang anda naiki.




MABUL BUNGALOW

Pulau Mabul ini tidak mempunyai bukit-bukau yang tinggi, sebaliknya pulau yang berukuran 49 ekar ini ( 20 hektar ) berbentuk lonjong dipenuhi dengan pohon-pohon kelapa yang tinggi. Ianya mendatar dan timbul 2-3 meter sahaja pada aras laut. Pulau ini juga dikelilingi dengan 2km persegi terumbu dan disebabkan bentuk muka bumi inilah menyebabkan ia menjadi syurga kepada para penyelam dunia. 




Sebelum ini, Pulau Mabul hanya dipenuhi dengan kampung-kampung nelayan, rumah-rumah kaum PALA-U (orang nomad laut -  sea gypsies ) dan pelarian perang Filifina. Majoriti penduduk disini berketurunan Suluk dan Bajau. Disebabkan aktiviti "bom ikan" dan pencemaran teruk oleh Cyanide & Dinamite sejak tahun 70-an, lantai laut Pulau Mabul telah bertukar dengan drastik dan wujudlah pelbagai jenis hidupan ganjil yang mendiami karang-laut mati, sampah sarap dan dibawah timbunan batu-batu konkrit.

Pandangan Dari Atas


Pada tahun 2005, setelah Pulau Sipadan telah digazetkan menjadi Taman Negara, maka kesemua bangunan dan resort diarahkan untuk berpindah ke Pulau Mabul oleh pihak berkuasa. Ber,ula selepas itu, Pulau Mabul menjadi terkenal kerana dua sebab.
  1. Pertamanya ia menjadi satu-satunya pulau yang menempatkan lebih dari 20 resort yang berdekatan dengan Pulau Sipadan.
  2.  Yang kedua adalah kerana haiwan-haiwan ganjil yang berada di bawah permukaan lautnya sehinggakan ia mendapat jolokan ' The Best MUCK - diving Site Of The World '.


TARIKAN UTAMA



Keistimewaan Pulau Mabul bukanlah terletak kepada permukaannya, tetapi diversiti dan kepelbagaian haiwan marin yang mendiami lantai lautnya. Ianya bukanlah pulau seperti Langkawi, Perhentian, Redang atau Tioman, sebaliknya Pulau Mabul dipenuhi dengan chalet-chalet dan resort di atas permukaan air, seolah-olah terapung kerana dibina diatas terumbu karang (reef) yang mengelilinginya.

Pelancong yang datang ke Pulau Mabul sebenarnya hadir dengan satu tujuan, iaitu menyelam. Sama ada 'Scuba Diving' atau 'Snorkeling' mereka datang dari segenap penjuru dunia disebabkan ingin berenang dan menjelajah dunia di bawah laut yang cantik, berwarna-warni dan mencari spesis-spesis haiwan ganjil yang kadang-kadang kecil dan pandai menyamar. Ya, mereka datang untuk melihat sendiri dunia 'Macro-Marin' yang sangat kaya! Sesetengah penyelam professional memberitahu saya: "Anda tidak perlu lagi untuk menyelam di tempat-tempat lain di dunia untuk mencari spesis-spesis ini kerana di Mabul ada kesemuanya. Malah ada juga haiwan yang hanya kelihatan di pulau ini sahaja.

Penyu 'hawksbill' dan 'Green' merupakan dua spesis yang selalu berenang dipermukaan air dihadapan resort-resort terapung seperti ( CLICK => Sipadanborneo.com ). Selalunya pelancong boleh menyaksikan penyu-penyu berenang semasa makan malam dihadapan 'deck' atau pelantar resort. Bayangkan anda sedang makan sambil ditemani dengan bayu sejuk yang berhembus segar, tiba-tiba ada yang menjerit 'penyu! penyu!' dan semuanya akan berhenti makan dan berkumpul di hadapan pelantar untuk menyaksikannya.


Namun, tarikan utama penyelam-penyelam dunia datang ke Mabul ialah untuk mellihat sendiri spesis-spesis ini:
 





Frogfish - 'Ikan katak' ini sangat pandai menyamar dan lebih suka 'melompat' daripada berenang. Percaya atau tidak, kadangkala frogfish berada betul-betul disebelah telinga anda tanpa anda perasan sedikit pun kehadirannya!



Ghost Pipefish - Ikan yang paling saya suka! Betul-betul pandai menyamar dan memang macam hantu. Ikan ini perlu anda perhatikan di celah-celah karang-laut atau tumbuhan air. Perhatikan kelopak tumbuhan (atau karang) betul-betul dan pastikan ianya bercantum. Jika anda dapati salah-satu kelopak tidak bercantum, maka itu ialah 'Ghost Pipefish'!




Nudibranchs - Ada yang memanggilnya 'lintah laut' dan ada juga menggelarnya 'siput tanpa cengkerang'. Nudi boleh anda saksikan dimana-mana tapak menyelam di seluruh Malaysia, tetapi tidak seperti di Pulau Mabul - banyak, berwarna-warni dan pelbagai jenis! 'Pikachu Nudibranch' merupakan salah-satu nudi yang diburu oleh penyelam-penyelam.
 


Bluering Octopus - Bukan sotong dari cerita 'TRON'! Sotong ini kecil dan corak badannya yang berbentuk bulat-bulat kecil bersinar dan cantik. Selain dari sotong ini, ada dua lagi sotong yang disukai oleh penyelam - 'Mimic Octopus' dan 'Wonderpus'. 



Lionfish - Ikan singa ini sangat senang diperhatikan dan selalunya akan bermain-main di hadapan Mabul Bungalow. Ikan ini sangat cantik dan beracun! Kata seorang penyelam "Anda boleh menyaksikan ketiga-tiga spesis ikan ini di Mabul!"



Sebenarnya Banyak lagi spesis yang ada disini. bagi mereka yang berminat dengan hidupan-hidupan ganjil yang ada dalam pulau ini boleh la buat rancangan bercuti untuk datang ke Pulau Mabul.





PAUTAN LUAR



No comments:

Post a Comment