Monday 4 April 2016

Pulau Sipadan

Pulau Sipadan ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di pantai timur Sabah, Malaysia. Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut. Pulau Sipadan terkenal sebagai satu pilihan tempat bagi aktiviti menyelam skuba (scuba diving) antara yang terbaik di dunia. Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh organisasi tunggal bagi pengundian 7 keajaiban terbaik dunia (New 7 Wonders of Nature votes committee), Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun berakhir Julai 2009.




MENARIKNYA PULAU INI...

Alam bawah laut Sipadan menawarkan kepada para penyelam pemandangan yang penuh dengan kehidupan marin seperti Barracuda, penyu, ikan, dan sebagainya. Warna-warna yang banyak dan bertukar ganti, birai, celah, batu rungkupan, gua besar dan cerombong yang menegak di bawah air yang dibentuk oleh pelbagai karang menanti untuk disaksikan oleh para penyelam yang ingin menikmati tempat selam yang menyeronokkan di dunia.
Pulau ini telah diwujudkan sebagai tempat perlindungan hidupan liar pada tahun 1933 dan persekitarannya yang asal telah dapat dikekalkan sehingga kini.

Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut.

Pulau Sipadan terkenal sebagai satu pilihan tempat bagi aktiviti menyelam skuba ( skuba diving ) antara yang terbaik di dunia.




SCUBA DIVING
Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh organisasi tunggal bagi pengundian 7 keajaiban terbaik dunia ( New 7 Wonders Of Nature Votes commitee ), Pulau Siapdan telah tersenarai antara 77 bentuk mukia Bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun berakhir Julai 2009.


Pulau Sipadan mempunyai Tarikan yang tersendiri. alam bawah laut Sipadan menawarkan kepada para penyelam pemandangan yang penuh dengan kehidupan marin seperti Barracuda, Penyu, Ikan dan sebagainya.

Di sekitar Pulau Sipadan mempunyai beberapa kawasan popular untuk penyelam "Hot spot center to scuba divers" misalnya Barracuda Point, Turtle Cavern (Gua Penyu), Coral Gardens, Drop Off (terletak berhampiran jeti utama Pulau Sipadan), North Point, West Ridge, Taman-taman Tergantung (Hanging Gardens), Lobster Lair, Staghorn Crest, South Point, Turtle Patch, Batu Karang Tengah (Mid Reef), Whitetip Avenue dan Coral Gardens.
  

Pulau Sipadan amat terkenal dengan keindahan lautnya yang menjadi faktor utama ramai pelancong sama ada di dalam ataupun di luar negara berkunjung ke sini dan menghabiskan percutian mereka bersama keluarga tersayang dan juga di samping orang yang disayangi.


Bagi yang berminat dengan ketenangan alam semulajadi, bolehlah berkunjung dan bercuti di pulau ini. Pulau Sipadan juga telah menyediakan pakej-pakej percutian yang sesuai bagi sebuah keluarga, pasangan kekasih dan sebagainya.

PAUTAN LUAR

1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Pulau_Sipadan
2. http://sabahluv.com/tag/keistimewaan-pulau-sipadan/#.VwfQQiEmTIU
3. http://gurlzyean93.blogspot.my/2010/09/tempat-tempat-menarik-di-sabah.html

Semua gambar ini adalah Sumber daripada Google

No comments:

Post a Comment