Friday 8 April 2016

PULAU MAMUTIK


Pulau Mamutik terletak dalam gugusan Pulau-Pulau Taman Negara Tunku Abdul Rahman. Kedudukannya lebih kurang 3 km daripada Jeti Jeselton Kota Kinabalu. Dengan keluasan 15 ekar (61,000 m2), Pulau Mamutik merupakan pulau terkecil dikalangan gugusan pulau-pulau Taman Negara Tunku Abdul Rahman. 

Jika pelancong berlepas daripada Jeti Hotel Tanjung Aru Beach, perjalanan ke pulau itu mengambil masa sekitar 5 minit dengan bot laju. Sungguhpun ia merupakan pulau terkecil, ia menawarkan beberapa pantai yang baik dan terumbu karang.Ia turut memiliki jeti, rumah rehat 3 bilik tidur untuk disewa, dan kuartes kaki tangan bagi stesyen Ranger. Kemudahan termasuk bilik bersalin pakaian, bilik air, perlindungan berkelah, meja dan tempat memanggang. Air tawar dan eletrik juga disediakan. 

Pulau Mamutik terkenal sebagai tempat istirehat kepada ramai pengunjung di Taman Negara Tunku Abdul Rahman. Batu karang di timur lautnya amat menarik. Pantainya berbatu dan perenang perlu berhati-hati terhadap landak laut yang hadir dalam bilangan yang besar di kawasan berbatu karang dan batu.


Memasuki Pulau Mamutik, pengunjung akan dapat menikmati pemandangan indah yang begitu tenang, pesisir pantai pulau yang berpasir putih dan airnya yang begitu jernih nampak dari permukaan.

Setiap pengunjung yang hadir ke pulau Mamutik diwajibkan untuk membayar yuran pemuliharaan Taman Negara, kos bayaran ini juga boleh ditanggung oleh operator syarikat menyelam, atau pelancongan yang dibayar oleh pengunjung melalui pakej-pakej aktiviti yang mereka sukai.

Pulau tropika ini kaya dengan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang hidup subur diatas pulau. Laut pulau yang jernih juga amat sesuai untuk berenang dan beristirehat. Kepada penggemar aktiviti snorkeling, terdapat juga beberapa terumbu karang hidup yang hidup sihat di perairan pulau,

Pulau Mamutik juga merupakan rumah kepada karang distichopora asing. Lautnya juga merupakan habitat semulajadi untuk beberapa ikan seperti Sergeant Major, Parrot fish, Butterfly fish dan Angle fish, juga habitat untuk ikan Clown Anemonefish.



Pulau ini dianggap sebagai hub rehat buat kebanyakan pengunjung yang datang ke Taman Tunku Abdul rahman untuk menyelam, snorkeling, aktiviti paragliding, dan bot laju seperti bot pisang, skuter air dan banyak lagi. Terdapat beberapa gerai makan, kedai runcit dan khemah istirehat yang menawarkan makanan barbeque dengan seni reka khemah yang menarik dan selesa.

Banyak sekali kerusi, meja yang direka bentuk dan dibalut dengan penuh warna-warni dan menarik serta bersih, sesuai untuk pengunjung beristirehat. Terdapat juga tandas awam yang bersih dan sesuai untuk mandi, dan penukaran pakaian.

Pulau Mamutik hanya satu-satunya pulau yang dibenarkan untuk beristirehat dan membina khemah, walau bagaimanapun kebenaran bertulis perlu terlebih dahulu diperolehi dari Lebaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah, yang menjadi autoriti penting dalam pemeliharaan dan pemuliharaan Taman-Taman Negara di Sabah. Ditengah-tengah pulau terdapat beberapa kuburan lama. Ia merupakan kubur penduduk awal Pulau mamutik sebelum mereka dipindahkan ke Kota Kinabalu dan Pulau Gaya pada tahun 1979 kerana Pulau Mamutik telah digazetkan sebagai Taman Negara.


PAUTAN LUAR

http://www.malaysia-islands.com/html/tar-marine-park/beach/mamutik.shtml
http://www.malaysia-islands.com/html/tar-marine-park/beach/mamutik.shtml

No comments:

Post a Comment